13 Februari 2015 - 20:09
Pasukan rundingan tidak jual negara dengan isu nuklear

Selama Iran diperintah Wilayatul Faqih, tidak sejengkal pun bumi Iran hilang berbanding peperangan yang dilalui negara selama 200 tahun lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat hari ini menyentuh tentang arahan Pemimpin Tertinggi Revolusi mengenai rundingan 5+1 dan Amerika yang belum mencapai kesepakatan secara terperinci setelah 22 tahun berhelah dalam masalah Palestin sejak perjanjian Oslo hingga kini.

Tambah beliau lagi, masalah asasi terletak pada perincian kesepakatan nuklear. Kerana itu Pemimpin Tertinggi berkata: Sekiranya sebuah kesepakatan tercapai, maka ianya berjalan dalam skop penyeluruhan dan perinciannya. Intisarinya sudah jelas sehingga tidak ada lagi apa jua alasan."

Khatib solat Jumaat Tehran ini menjelaskan, "Semua para pemuda dan penganalisa mempunyai hak dalam mendapatkan informasi tentang masalah politik, saya menasihati, mereka hendaklah menyerlahkan kesederhanaan dalam isu nuklear serta menjauhi sikap melampau."

Mengulas tentang masalah ekstremisme, beliau berkata, "Ekstremisme dalam konteks ini ialah sebahagian kesepakatan nuklear dianggap sebagai sambil lewa,' kata beliau dan melanjutkan "Ketaksuban juga mempunyai makna ini, iaitu seseorang berkata, para perunding pergi menjual negara kita. Panel perunding juga adalah anak watan negara ini, mereka berulang kali berkata, kami taat setia kepada pucuk kepimpinan dan kami mengatur semua atucara di dalam format arahan Pemimpin Tertinggi.

"Selagi Wilayatul Faqih menaungi kita, negara tidak, dan tidak akan terjual selama-lamanya," tegas beliau.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada bangsa Iran yang menyertai perarakan 22 Bahman (ulangtahun kemenangan revolusi), beliau berkata, "Setiap langkah yang anda ambil di mana-manapun dalam negara, Allah akan menulis pahala dan amalan soleh."

"36 tahun lalu, dengan bantuan Allah bangsa Iran menumbangkan rejim hitam yang menzalimi Islam, menzalimi akhlak dan kemurnian, menzalimi kebebasan dan kemerdekaan, menindas rakyat. Dari kerana nikmat ini terlalu besar, maka kita perlu menyatakan kesyukuran kepada Allah (s.w.t).

"Salah seorang pakar sosiologi Amerika berkata, penyelidikan saya menunjukkan bahawa seluruh doktrin dan naskah-naskah corak pemerintahan akan pudar warnanya mengikut peredaran zaman kecuali Wilayatul Faqih Khomeini. Bukan setakat tidak pudar, bahkan dalam peredaran zaman, kepentingannya semakin bertambah di samping dapat menarik bangsa lain dengan baik.

"Kebanyakan revolusioner di dunia datang dari luar, namun revolusi Islam terbentuk dari dalam bangsa.

"Rakyat kita berkata kepada para pegawai, kami turun padang selaku lelaki anak jantan dan kami berterimakasih kepada para pegawai hanya semata-mata kerana mereka telah berbakti.

"Para pegawai mengawal kemarahan mereka, mereka tidak berbicara ketika marah, ini disebabkan sekiranya mereka berbicara ketika marah, maka perkataan itu bukanlah urusan mereka lagi. Gigitan dan sindiran bukanlah mengenai urusan peribadi mereka. Ianya akan melimpah ke dalam masyarakat.

"Hari ini Amerika dan golongan yang menghina secara tidak beradap telah berbicara mengenai peribadi mereka. David Cohen pernah berkata, sekatan telah mengikat tangan Iran dan pasukan perunding hadir dalam rundingan dengan tangan terikat.

"Perarakan 22 Bahman muncul di depan muka mereka, dan tangan rakyat Iran tidak terikat, bahkan mengikuti acara mereka secara bijak.

"Selama 200 tahun kebelakangan ini, setiap kali terjadi peperang di negara ini akan berhujung dengan kehilangan wilayahnya. Namun hanya selama di zaman Wilayatul Faqih, tidak ada sejengkal pun bumi Iran yang hilang.

"Istilah terperangkap dan tangan terikat terkena tepat pada Amerika, walau di mana pun mereka masuk, semakin panjang merela menjulur, kian banyak kerugian yang mereka tanggung ketika pulang, dan hasil yang mereka capai hanyalah penghinaan daripada rakyat. Suatu hari rakyat Iran pernah melaungkan slogan "Mampus Amerika", namun hari ini Yaman turut berkata "Al-Maut Li Amerika".